Monday 2 June 2014

Novel oh Novel " Anugerah Terindah by Sophile

Oh novel..... setiap bulan walau sesibuk mana pun aku walau sebudget mana pun aku mesti akan menghabiskan duit utk membeli novel........ novel oh novel hehehe........ sebelum beli novel aku akan survey dulu citer apa yg selalu menjadi bualan org dan aku akan review ..... so bila pergi kedai buku x payah lagi nk baca sinopsis dekat belakang terus beli .... cepat dan pantas.... itulah aku kalau membeli novel x der nk belek lama2... dapat buku yang dicari, terus balik dan tak sabar nak baca hehe....... dapat pulak kawan2 yang antu novel lagilah berhantu2 semua jadinya ....

Kali ini novel yang mendapat tempat dihatiku  ialah " ANUGERAH TERINDAH " Penangan cinta Dr Ariana dan Ustaz Mukhirdz.  Aku nk bagi 10/10 markah penuh  aku punya sukalah kan ehehe... Jom baca sampai lebam.....


 
Dr Ariana yang gedik dengan misinya untuk memikat Ustaz Mukhriz sehingga memeningkan kepala semua org , dan Ustaz Mukhriz yg mengelak kerana takut menimbulkan fitnah. Paling kelakar, Ariana tidak kisah untuk pergi meminang Mukhriz kerana dia yakin itulah jodohnya. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan… Ariana oh ariana heheh.........

Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.


I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you. Tersenyum Ustaz baca surat dari Ariana ... :-)

 Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! 


Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta....

Yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. alasannya tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah.... adakah Ustaz Mukhirz menerima awina sebagai isteri keduanya setelah awina mendermakan buah pinggang kepadanya...... 

Ish susah aih nk kata kan... aku part ni mmg rasa nk cepuk jer kepala awina tu.. dan geram dengan Arin yang baik sangat izinkan suami kahwin lagi satu. adehhhh kalau korang nak tahu korang kenlah beli dan baca sampai habis........