Wednesday 3 July 2013

Ramadan Yang Hilang - TV3 Samarinda


Demam Teduhan Kasih sudah hilang kini Demam Ramadan yang Hilang lakonan  Eira Syazira ( suka Eira lakonan die mantop ratu air mata ) dan Syatilla ( kalau korang perasan die ni pernah berlakon dlm drama Rindu bertamu di Abu Dhabi jadi jahat juga huhuhu)-

Drama ni  ialah slot Samarinda  pukul 10 malam Setiap Isnin- Rabu ajer tau alahai.tak sabar tunggu next episod lambat sangat ..... kalau lah ada novel kan.. dah lama aku g dapatkan novel Ramadan yang hilang ni tapi x der lah pulak.  kalau sesiapa tahu ada novel kisah ramadan yg hilang ni please maklumkan dekat aku yer heheh....

Drama ini mengisahkan konflik dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah berasa tersisih. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya membesar sebagai kanak-kanak murung. Pelajarannya juga ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius ketika berada dalam kelas.

Berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah pula seorang periang, bijak dan bahagia dengan dicurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir.

Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham. Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam.

Sesudah memasuki usia dewasa, Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang penulis novel. Dia memikul tanggungjawab menguruskan syarikat ayahnya yang mempunyai masalah kewangan. Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq.

Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti dan sibuk dengan kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih kepada Delisha tetapi dia akur. Zafirah bertunang dengan Fitri. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya. Ia menyebabkan Zafirah jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha di luar Kuala Lumpur.

Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha yang periang dan mereka bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha. Zafirah memberitahu Saadiah, dia reda ditakdirkan tidak bertemu jodoh dengan Fitri tetapi tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha.
Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat kali pertama, Zafirah bergaduh besar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara. Apabila 1 Ramadan muncul lagi, ia adalah bulan puasa suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang.

Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Selepas tiga tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia dua tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?? KITA KENA LAH TUNGGU .... PASTIYA LAMBAT LAGI LAH NK HABIS COFIRM DEKAT NK RAYA BARU ABIS DAH TAJUK PUN RAMADAN YANG HILANG huhuhu....... SABAR JERLAH..........

Toyol



Hai all, 
Kali ini aku just cerita mengenai toyol yang suka mengambil duit. Acctually toyol ni banyak sangat dkt kampung aku, alkisahnya toyol yg dekat kpg aku ni adalah org yg membelanya.  Peliknya tuan yg membela toyol ni sikit pun x der perasaan malu ker apa ker kan... sebabnya org yg bela toyol dekat kampung aku ni boleh ajer beritahu kt org die membela toyol dan yang lain2 tu sebabnya die nk selamatkan kampung daripada diganggu oleh toyol dan seangkatan dengannya. Toyol, Pelesit atau hantu raya yang tak bertuan semuanya die akan ambik utk dibela . Astagfirullahazim. takut dengar kan.

Kalau  korang nk tahu kt kampung aku area rumah aku sekarang ni toyol tengah mengamuk, semua duit hilang., hari-hari plak tu adehh... kekadang sampaikan anak - anak buah aku yg masih bersekolah lagi pun dh jadi takut mana tak nya duit dorang yang dorang simpan pun boleh hilang.  Jangankan kata mereka kalau aku pun takut.

 Aku yang membesar di kampung kan, memang bab toyol, pelesit, hantu raya ni kan mesti ada dlm kampung kita  dari kita kecik sampailah kita besar dh kawin dan ada anak cerita toyol ni tak habis-habis , mana taknya tuan pun masih ada kan.. seriusly aku ni memang penakut.. dari kecik kalau dengar riuh rendah benda-benda cam ni memanglah dlm rumah tu nk ke dpar semua mesti berteman . skrg ni sib baiklah aku jauh sikit hahah jarang balik kampung tapi itulah dengar jer cerita dari sana mulalah bula roma aku ni semacam ajer.... nak cakap talipon pun dh jadi takut  bukan apa takut toyol tu dengar apa yg aku bualkan.. itulah aku takut sampai macam tu .

 Walau apa pun harus kita ingat Allah itu ada, dan sejujurnya aku sedih dan kasihan sekali pada orang-orang yang suka membela ni .. hm...harap2 mereka cepat sedar dan kembali ke jalan Allah dan jauhkanlah apa yg dilarang oleh Allah . sesungguhnya hanya Allah yg patut kita sembah dan bukannnya benda lain , jauhkan sifat malas dan hasad dengki dan jgnlah nk cepat jadi kaya hingga sanggup melakukan perkara yg dilarang oleh Allah.  Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol yang bearsal dari bangsa jin kafir adalah satu perbuatan syirik dan sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.
Wallahu'alam


 ciri-ciri pemilik toyol yg aku dptkan dalam cik googles.
·         Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.
·         Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.
·         Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.
·         Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.
-         Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.
 
Petua mengelak kecurian dari si Toyol
1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.
2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.
3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.
4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.