Thursday 14 November 2013

Bukan Dendam


Tiada dendam dan benci
yang terbit di hati
hanya terkilan
menusuk perasaan
walau bahagiamu
di atas kekecewaanku
aku pasrah menerima segala
doaku...
semoga engkau dan dia
berbahagia selalu...

Semalam

semalam yang penuh air mata
semalam yang penuh tanda tanya
semalam yang terluka dan sembuh pada satu masa
semalam yang sayu
Saat kau lafas rindu .

Kini tinggal kenangan ..........

InsyaAllah

Semakin hari aku dapat kurasakan sesuatu yang luar biasa didalam diriku ini.. oh tidak aku tidak mahu lagi ia berulang lagi dan lagi dan lagi... letih... terlalu letih ...
Takutkah aku untuk menghadapi kenyataan yang sebenar?
entahlah aku tak pasti kenapa dan mengapa hingga kini aku hanya mendiamkan diri
berdiam diri bukan bererti aku tidak sayangkan mereka tapi kekadang aku tak tahu kenapa dan mengapa ... kekadang aku punya alasan sendiri .. aku tidak mahu menyusahkan mereka insan-insan yang menyayangi diriku ini, segalanya ku serah kepadaNya, hanya die yang lebih mengetahui
apa yang terbaik utk diriku ini, bukan aku tidak mahu berusaha , bukan aku berputus asa,  aku tidak mahu menyusahkan mereka , aku tidak mahu mereka juga turut merasai apa yang aku rasakan saat ini. selagi aku mampu bertahan aku akn terus bertahan, InsyaAllah.
" sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditanganNya. "

Mati itu pasti

Sesungguhnya Mati itu pasti, 

Apabila kematian menimpa sahabat atau saudara mara kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.  Malangnya ia hanya utk seketika, kerana kita akan terleka kembali dengan dunia ..

kita selalu ingat yang jodoh itu RAHSIA Allah, tapi kita selalu lupa yang MATI itu juga RAHSIA Allah" setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, tidak kira dimana? bila? bagaimana? mati itu pasti InsyaAllah. 

Aku bukanlah seorang yang pandai sangat kalau berbicara hal yang sebegini tapi cukuplah kita semua tahu yang kita perlu bersedia menghadapi kematian, ayuh teruslah kita semua berbuat kebaikan dan jauhi kemungkaran. InsyaAllah.

 


Bonus oh BOnus sukanya kite

You all dah sarapan ker belum nih? kita hari ni ajer dah sarapan cheese cake hasil air tangan My BFF sedap hingga menjilat jari...... oopss Btw kita nak g tau ni this year nk dapat bonus kita happy sangat okay , terimbas kembali saat en bos tanya kite , what do you think about bonus ? U need bonus or not this year? " Oh No ...... en bos naper lah tanya soalan cam tu aduhai , it up to you lah. u kan bos " jawapan klise dari aku .... cover lah sikit aku biasalah ego mana nak mengaku kt bos yg aku nak bonus tu........ hahaha ..... konon jual mahal dan tak kisah dalam hati sebenarnya en bos saya kisah tau...

Alhamdulillah, akhirnya die dengan muka tersenyum2 dengan happynya beritahu this year dapat bonus, oh okay tq. Tapikan aku lak yang nervous sebabnya aku lah orang yang paling sibuk nanti , nak kena closing awal sikit lagi nak pergi bercuti alahai.. hujung tahun nak pergi bercuti hujung tahun juga lah nak kira bonus dan nak audit. kesibukan akan melanda Dec ini. 

Apa pun demi bonus aku akan lakukan yang terbaik ........ make sure balik dari bercuti semuanya akan get ready hehehe.......... Bonus oh Bonus ......... Love it  .......   Shopping 3x (^_^)

Orang yang melemaskan

Bagus juga ada blog kan, boleh  meluahkan rasa ketidak puasan didlam hati ini hehe ....
Hari ni rasanya tak tertahan lagi oleh ku.. bila berdepan dengan orang yang menyibuk akan hal kita.
oh okay orang yang suka menyibuk ni adalah satu office dengan aku. Jujurnya aku rimas bila bedepan dengan orang sebegini , kebiasaanya aku akan berdepan dengan rakan2 perempuan tapi kali ini dia adalah lelaki . Memang menguji kesabaran aku betul.

Aku akui kekadang terpaksa jadi hipokrit kerana aku tidak berani menyuarakan rasa ketidakpuasan aku terhadapnya. apa jua yang aku lakukan dalam pejabat ni semuanya die nak tahu, kekadang en bos didepan die boleh datang lihat PC aku dan perhatikan apa yang aku lakukan, kekadang aku sedang melayan hp pun die boleh datang nak lihat apa yg aku layankan dekat hp aku nih, ini sudah lebih kan.. sampaikan hp aku hak peribadi aku pun die sibuk nak tengok alahai......... tension kan bila berdepan dengan kawan sepejabat yang begini lagaknya.. ada ketika dia akan ketawakan aku yang aku rasa tidak kelakar pun, malah menyakitkan hati aku lagi adalah . Jujurnya aku tahu die sekadar ingin berbual dan berkawan tapi sorry to say aku tak suka langsung , akhirnya aku hanya mendiamkan diri senyum pun tidak kalau senyum pun hanya sekadar memaniskan muka  takut die terasa lak ..

harap lepas ini die tahu bahawa aku tidak ingin dia dekat dengan aku lagi .... sungguh melemaskan dengan orang yang sebegini...  Jadi aku kenalah buat muka serius jer dalam office nih.  ....

KESILAPAN TETAP MENJADI KESILAPAN DAN ADALAH LEBIH SILAP ANDAI KESILAPAN ITU DIULANG ULANG

15/11/2013  Assalamuailaikum dan salam pagi Jumaat buat semua teman2 yang mengenali diri ini.
Tiada yang lebih indah dari mempunyai kesihatan yg sempurna dan kaum keluarga yang sejahtera dan kesihatan untuk mak dan ayah yang telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa, begitu juga buat suami dan cahaya mata tersayang ... semoga semuanya diberikan kesihatan yang berpanjangan Amin

Didalam dunia yang serba serbi cepat dan mencari , kita tidak boleh terlalu meminta , bersyukurlah dengan apa yg ada dan tingkatkan usaha dan yang penting kekal bahagia selamanya.  Janga hanya mencari kesilapan  membetulkan kesilapan tapi berusahalah agar kita tidak melakukan kesilapan lagi dan lagi, seperti kata orang tua- tua 
 KESILAPAN TETAP MENJADI KESILAPAN
DAN ADALAH LEBIH SILAP ANDAI KESILAPAN ITU DIULANG ULANG ***