Tuesday 18 November 2014

masih merinduimu

Setiap detik, setiap saat aku cuba untuk melepaskan diriku dari memikirkan mu. Tapi setiap detik dan waktu yang aku ingin gunakan untuk melepaskan diri ini menyebabkan diriku tak berdaya. diri ini makin kuat ingin memikirkanmu. memikirkan tentang kenangan kita bersama, memikirkan tentang apa yang dirimu lakukan sekarang ini, serta memikirkan tentang dirimu, adakah dirimu memikirkan benda yang sama? dan adakah dirimu merinduiku seperti mana aku merinduimu...

Tiap kali ditimpa ujian perasaan..pasti lidah terasa kelu tuk berbicara...tatkala hati dan akal mula berperang...air mata seakan terlalu mudah untuk tumpah..ku cuba kuatkan hati untuk bertahan namun kerap kali jiwaku goyah..wajah tanpa perasaan yg mampu ku pamerkan...maafkan aku krn ku tidak sekuat kamu...maafkan aku andai emosi ini mudah terzahir..maafkan aku...


Telah ku cuba buang rasa itu...telah ku cuba tuk berlapang dada..namun  tak tahu knapa hati  ini sering merindu...telah ku katakan padamu  yg aku ingin lepaskan semua..telah ku cuba memadam memori yg ada..namun ku sedar akan kelemahan diri.. maafkan aku ... kerana tika dan saat ini aku masih merinduimu