Sunday 25 May 2014

Menantu dan Mertua

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri.Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.
 
Tahu tak kita bahawa suami apabila bernikah.. maka bertambahlah ibu bapanya.. iaitu termasuk ibu dan bapa mertuanya.. maka, ibu bapa mertua juga merupakan ibu bapanya jua.. Sehubungan dengan itu, Wajiblah si suami menjaga kedua ibu bapa mertuanya sebagaimana wajibnya si suami menjaga ibubapa kandungnya sendiri..Mengecilkan hati ibu mertua adalah perbuatan yg tidak boleh di maafkan melainkan taubat -kelak nanti syurga nya tidak ada bauan bagi suami.  

Suami mengatakan syurganya adalah ibunya, dan syurga isteri adalah suaminya. Benar itu dan kita tidak pernah nafikan perkara itu. Tapikan masih ada tolak ansur dan timbang rasa dalam perkahwinan, terutamanya bila melibatkan ibu bapa dan ibu bapa mertua.Tiada langsungkah nilai ibu bapa isteri kepada suami sedangkan mereka telah membesarkan dan memberikan pendidikan kepada si isteri. Sebagai seorang anak menantu yang baik, suami sepatutnya dapat bertimbang rasa terhadap perkara ini. Jika dia melukakan hati ibu kepada isterinya, adakah dia telah menjalankan tgjwb sebagai seorang anak menantu yang baik?..... , sikap timbangrasa dan saling hormat menghormati adalah penting dlm hidup berkeluarga ni. tak kira siapa la, kita mestilah menghormati setiap anggota keluarga kita. tak kira tua ataupun muda....semua tu terletak pd hati masing2. 

 Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki.Mengbaikan teguran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Ibu mertua dan ibu sendiri adalah sama.... syurga lelaki atau suami ini di bawah tapak kaki ibu... bukan hanya pada ibu sendiri malahan ibu mertua...

Cara mewujudkan hubungan yang baik
-Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri.Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi.Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak,kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit.Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu,ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

  Berdamai dengan diri sendiri:
- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua.Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif.Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu,jka secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain,maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif.Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri.Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”
  
 Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun,jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian,sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini.Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin.Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka.Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu.Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.