Saturday 17 August 2013

"Saya Tak Sengaja Pukul Isteri"

Assalamuailaikum awak-awak semua... hari ni terbaca lagi artikel suami pukul isteri, how the small world kan.. tht guy rupanya umur sama ajer dengan aku, apatah lagi satu daerah plak adesss... tak jauh mana pun kan... hahah paling aku suka alasan dari lelaki itu " saya tak sengaja " alrite .. boleh ajer bagi alasan cam tu kan.. alasan apa pun tak boleh , itulah dorang masa buat dorang tak fikir agaknya kan , ikutkan sangat perasaan amarah tu, begitulah juga bila pukul anak, same jawapan agaknya " saya tak sengaja pukul anak " wow mudahnya dorang kan... dan bila marah pukul anak, pukul isteri , cakap pun ikut suka ajer... kita jumpa di mahkamah syariah.. ish2..ish2... bagi aku lelaki seperti ni lelaki yang panas baran.. cepat melenting dan tiada sikap penyabar, dan lelaki seperti ini hari ni kalau berjanji esok lusa buat lagi .. itulah lelaki yang panas baran, suka marah anak dan isteri , pukul tu dah jadi makanan mereka ajer.. cakap lagilah ikut suka, ketika itu iblis sudah menguasai diri, Ego tinggi, cakap tak pernah nk fikir perasaan isteri dan anak2.. bila marah pukul anak dan isteri sibuk ajer halau ank dan isteri keluar dari rumah,............. korang tengoklah sombong tak lelaki seperti ini?????????  

okaylah tak mau lah aku ulas banyak2 lagi.. sebabnya aku tak nak terikut2 dengan perasaan amarah aku ni.. cool baby heheh..... untuk en lelaki yang dkt luar sana tu yang jenis panas baran tu ... yang suka pukul isteri dan anak2.. yang suka halau isteri dan anak bila angin baran datang tu tolonglah yer berubah sikit kalau betul sayangkan keluarga mereka.. dan kalau ada masalah apa sekalipun di luar sana termasuklah masalah pejabat janganlah lepaskan masalah dan amarah anda di rumah.. kesian tau isteri dan anak2 anda... sedih kan..

Pembersihan Hati

Tiga cara bagaimana untuk menjaga hati supaya sentiasa bersih dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
  1. Cuba ikhlaskan hati dalam  setiap tindakan. Orang yang ikhlas dalam setiap kerja biasanya tidak akan mengatakan yang dia ini jujur. ” Aku ni ikhlas nak tolong kau,”… ” Aku jujur nak buat semua kerja-kerja amal ni..” .. Hanya ALLAH yang berhak untuk menentukan sejauh mana ikhlasnya kita dalam tindakan. Ikhlaskanlah dalam setiap kerja, jangan mengharap apa-apa balasan. Ganjaran ALLAH pasti lebih besar menanti.
  2. Amalkan zikrullah walau di mana pun berada.  Tidak perlu dilafaz dan dizahir. Cukup sekadar ianya terlintas di hati. Lazimkanlah ianya di mana pun kita berada. Saya percaya, setiap tindakan anda akan lebih tenang, lebih mudah dan pasti lebih lancar hendaknya.
  3. Sentiasa bersangka baik. Jangan ada sekelumit pun sifat prasangka sesama manusia. Sedikit pun jangan. Perasaan sangka buruk ini hanya akan mengotorkan jiwa, menghitamkan hati-hati anda. Sentiasalah bersangka yang baik-baik pada jiran, pada teman dan pada sesiapa pun yang kita temui. InsyaALLAH, hati kita akan sentiasa suci, tenang dan bersih.

Maafkan aku

Hingga ke saat ini aku masih menyayangimu
Hingga ke saat ini aku masih merinduimu
Maafkan aku kerana hati ni sering menyebut namamu
Maafkan aku kerana sering menganggu hidupmu
Maafkan aku kerana hingga ke saat ini aku belum melepaskan mu dari hatiku
Meskipun kau telah berlalu jauh pergi meninggalkan diriku
tanpa sebarang berita ...
namun hati ni masih tetap setia merinduimu...
Maafkan aku untuk terakhir kalinya aku melafazkan kalimah aku rindu padamu..
kerana itu yang aku rasakan...