Wednesday 3 September 2014

Sekejap

Sekejap..
Berdiri disitu
Hanya mohon sedikit masamu
Untuk menyatakan rasaku
Tidak penting tapi kau perlu tahu
Tidak lah amat mustahak
Tapi hanya itu yang aku hendak
Tidak memaksa
Tapi hanya itu yang ingin aku nyatakan saja
Moga kau tahu
Bahawa
Saat ini aku sedang rindu
Rindu kamu

hakikat yg sebenar..

~ mungkin itulah yang sebenarnya.....
untuk kusedari hakikat diri....

Padam terus

Sayang
Aku baru saja menulis sesuatu  tentang kisah kita
Tapi aku padamkan semuanya
Terfikir olehku... untuk apa ?
Kerna kau tak akan membacanya
Pantas semuanya terbiar tanpa ada yang sedar
Itu adalah hanya luahan hati
Bukan sekali untuk meraih simpati
Hanya kata kata halus
Dari hati yang mulus
Biarlah.. aku pendam terus
      


                                                  

Auratku

Cantikkah aku andai AURATku terbuka untuk
disantap oleh mata
yang bakal membawa ALLAH murka...
Cantikkah aku andai MARUAHku tidak terjaga
lalu senang di kata-
kata oleh mulut mereka yang suka mengata..
...
Cantikkah aku andai AKHLAKku tidak terpelihara
mudah saja
dicanang dijadikan tajuk utama cerita...
Cantikah aku andai AGAMAku tidak terguna lalu
mudah saja aku
alpa dek kerana tipuan dunia...
Wahai MUSLIMAH,peliharalah
AURATMU,MARUAHMU,AKHLAKMU &
AGAMAMU agar kamu beroleh PAHALA &
KEREDHAAN ALLAH kerana seindah2 perhiasan
adalah WANITA SOLEHAH...
:: Allahurabbi..sesungguhnya auratku adalah
maruahku