Wednesday 19 March 2014

Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza

Dia mengulang-ulang zikir itu di dalam hatinya. Airmata yang jatuh berderaian sudah tidak dapat ditahan. Matanya yang selama ini payah sekali untuk mengalirkan airmata kini tumpah jua akhirnya. Airmata yang membasahi pipinya laju menuruni persis air sungai yang mengalir dalam aturan-Nya. Dia menarik nafas dalam, berusaha mengumpul kekuatan. Namun, dia tidak berjaya! Airmatanya makin laju mengalir! Dirinya tersengguk-sengguk. Tersedu-sedan dirinya menahan perasaan dan airmata. Allahuakbar! Lemah sungguh dirinya waktu itu...

Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)


Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Melalui air mukanya aku dapat melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Penderitaan yang ditanggung oleh seorang isteri kerana penipuan suaminya , suami yang begitu disanjung dan diberikan sepenuh kepercayaan dan disayangi sepenuh jiwa dan raga, betapa luluhnya hatinya apabila suaminya berkahwin dalam diam tanpa pengetahuannya. Suami apakah ini? Ya Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya.

Deraian demi deraian airmatanya membasahi pipinya. Bajunya sudah lecun dek airmata yang membanjiri wajahnya. Dia merenung ke luar jendela. Awan masih lagi menangis membasahi bumi barakah. Makin kuat tangisannya tatkala melihat hujan. Dia merasa seakan alam memahami dirinya tatkala itu.Teresak-esak dirinya. Wajahnya menunduk. Dia membiarkan airmatanya jatuh membasahi lantai kamarnya.

Lalu, dia menggagahkan diri menuju ke kamar mandi, mengambil wudhuk, menyucikan diri untuk mengadap Sang Ilahi.Dia memakai telekung solatnya. Air mukanya jernih dek wudhuk yang menghiasi wajahnya. Dia menghamparkan sejadah miliknya. Ya Allah, lemah sungguh dirinya. Dirinya tidak punya kekuatan. Lalu, dia kembali berdiri, segera untuk menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Berharap agar Allah memberikan dirinya petunjuk dan kekuatan. Tatkala dahinya mencecah hamaparan sejadah, hatinya meruntun hiba. Perasaannya sudah tidak tertahan lagi. Airmatanya membasahi hamparan sejadah. Allah, dia merasakan dirinya begitu dekat dengan Penciptanya. Dia tidak berdaya untuk bangun dari sujudnya kerana dia merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan penciptanya. Lama dia sujud, menangisi dirinya. Dia tidak hiraukan kakinya yang sudah mula lenguh dek sujudnya yang lama. Namun, kudrat insan, akhirnya dia bangun dari sujudnya dan menyempurnakan salamnya. Matanya sudah bengkak. Sejadah dan telekung solatnya sudah basah. Namun airmatanya masih lagi tidak kering. Alunan zikir membasahi lidahnya.
”Lailahailallah, Lailahailallah, Lailahailallah, Lailahailallah..’
 Lailahailallah, Lailahailallah, Lailahailallah, Lailahailallah..’

Tapi, dia juga sedar dia punya kekurangan dan tidak sempurna. Memang dia tidak akan pernah cukup dan sempurna namun sebagai hamba dia tetap bersyukur. Dia bangun dari sujudnya. Dia menggenggam tangan kanannya dan meletakkan tangannya di dada kirinya.
”Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.”

Dia mengulang-ulang kalimah agung itu. Nafasnya ditarik. Matanya dikatup rapat. Kekuatan Ilahi mula meresap dalam jiwanya. Hatinya kini semakin tenang. Jiwanya semakin kental. ALHAMDULILLAH..

Ujian yang menimpa itu menunjukkan kasih sayang yang dihamparkan kepada kita daripadaNya. Jarang kita tsedar bahawa sebelum ujian datang menjengah dalam kehidupan kita, kita begitu lalai dan leka dalam mengingatiNya. Kerana tidak mahu kita terus terbuai dengan keindahan dunia yang sementara, kita diuji supaya kita sedar bahawa segalanya tidak kekal abadi, melainkan di akhirat nanti.
Teruskan memanjat pengharapan dan pertolongan kepadaNya supaya kita sedar kita hanyalah sekadar hamba kerdil yang memang perlu diuji. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri. Teruskan pengharapan kepadaNya. Jangan sesekali kita berhenti berharap kepadaNya.

Ombak

Kisah si Ombak
Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia melihat ombak lain yang berada tidak jauh di hadapannya menghempas batu-batu di tepian pantai. Menyedari tidak lama lagi dia juga akan menerima nasib yang sama, dia berasa sedih.
“Bagaimana sekarang ini? Adakah aku juga akhirnya akan menghempas batu-batu itu? Pasti sangat menyakitkan.”
Kemudian datang ombak yang lain. Melihatkan ombak tadi sedang bersedih, lantas dia bertanya:
“Kenapa engkau kelihatan sedih?”
Ombak yang sedih tadi menjawab:
“Engkau tidak tahukah kita semua akan melanggar batu-batu besar di hujung sana. Entah apa akan jadi kepada kita selepas itu. Malang sungguh nasib kita menjadi ombak.”
Ombak lain tadi kemudiannya membalas:
“Tidak. Bukan begitu. Kita bukannya ombak. Kita sebahagian daripada lautan.”
Persis ombak yang sebahagian daripada lautan, begitulah juga ujian yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada kehidupan.Sedangkan Rasulullah S.A.W yang merupakan kekasih Allah lagi diuji, inikan pula kita umat baginda.


Ujian yang menimpa itu menunjukkan kasih sayang yang dihamparkan kepada kita daripadaNya. Jarang kita tsedar bahawa sebelum ujian datang menjengah dalam kehidupan kita, kita begitu lalai dan leka dalam mengingatiNya. Kerana tidak mahu kita terus terbuai dengan keindahan dunia yang sementara, kita diuji supaya kita sedar bahawa segalanya tidak kekal abadi, melainkan di akhirat nanti.
Teruskan memanjat pengharapan dan pertolongan kepadaNya supaya kita sedar kita hanyalah sekadar hamba kerdil yang memang perlu diuji. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri. Teruskan pengharapan kepadaNya. Jangan sesekali kita berhenti berharap kepadaNya.

Kasih tak sampai PADI

Indah, terasa indah
Bila kita terbuai, dalam alunan cinta
Sedapat mungkin, terciptakan rasa
Keinginan saling, memiliki
Namun bila, itu semua
Dapat terwujud dalam, satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang terbayang
Menyatukan perasaan, kita
Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap, menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita,
berdua… berdua…
Sudah, terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah, jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Bersyukurlah

Selagi dinamakan kehidupan, selagi itu ujian pasti datang. Orang kaya juga diuji... Yang miskin juga ada ujiannya... Yang sempurna juga ada halangannya... Yang cacat juga ada kesukarannya... Namun..., Bersyukurlah kerana kita dilahirkan Islam.. Selagi keyakinan jitu kepada Yang Esa, Sukar itu terasa mudahnya.. Yang gelap pasti ada 'Nurr..' nya... Yang buntu akan ada jalan keluarnya.. Yang susah akan jadi senang.. Kerana pertolongan Allah ada di mana-mana... Bersyukurlah menerima ujianNya.. Kerana itu tanda; DIA menyayangi kita....

Terimalah takdir ini

Ya Allah .. Peluklah hati ku, saat hati ini merasa Resah ..

"Bila cinta bersaksikan kata, hanya padaNya dipohonkan kekuatan, dalam jauh bersaksi bintang, mahabbah dalam rindu bukti ingatan, Biarlah mimpi terukir dibintang, biarpun payah mengapai awan, biar menongkah arus bertentangan, terimalah takdir cinta ini menyinggah di espisod kehidupan, kerana Tuhan menguji kekuatan hati,seteguh mana janji manusia, seutuh itu ikatan cinta beraja di jiwa, andai naluri dugaan rasa, benarlah cinta itu tidak buta, hanya kita yg gagal memahami makna cinta. Istikhrah cinta padaNya mencelikkan mata bagi yg buta pada hati, namun jujur pada naluri. andai ada rindu buat penghuni hati, dihamparan sejadah luahkanlah rasa, biar ukhuwah mendapat rahmat kasih sayang dari yg ESA. Kerana di sini ada hamparan cinta yang bertasbihkan rindu pada sekeping hati yang tulus mendambakan dari kasihMu

hidup seperti makanan


hidup .. adalah seperti makanan .. ikan .. dimasak kicap .. dimasak kari .. direbus .. dipanggang .. distim .. ayam .. dimasak cili .. dimasak lemak .. dimasak sup .. sayur .. digoreng .. ditumis air .. dibuat ulam .. yg satu hal yg pasti .. asas kepada semua makanan adalah bende yg sama .. hanya kita mempelbagaikan variasi .. agar kita tidak bosan menikmatinya sehari hari dan sepanjang hidup .. begitu jugalah dengan hidup .. mempunyai rencah yg tersendiri ..

Pelangi indah itu kita rasakan selepas turunya Hujan.. Bersabarlah

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
"Insya Allah ada hikmah dibalik semua kejadian yang kita alami, Jadikanlah sabar , solat dan zikir t sebagai penolong kita, tetap BERSEMANGAT dengan menjalani hidup hanya meraih ridho-Nya akan membuat hati kita lebih bahagia dan terarah"

Bungaku Bakawali







Di saat ini jiwa merintih
Teringatkan mu wahai kekasih
Setelah lama tidak berjumpa
Menatap wajah bertentang mata

Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang

Bakawali... bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali... bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Dulu sendiri, kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti, kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada di sisi

Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya oh...
Mungkin itu suratan azali
Oh oh... oh oh