Tuesday 19 November 2013

Akukah ???

Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita. Rindu buat aku seakan "angau".

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?


Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati.

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan.
Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?
Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama P.E.R.E.M.P.U.A.N
Akukah?

Perpisahan

Satu pertemuan yang tidak pernah kita duga, dan jua perpisahan tidak pernah kita minta. Walau apa pun keadaannya, walau siapa pun yang memulakannya, perpisahan bukan sesuatu yang menggembirakan. Bukan senang untuk melupakan seseorang yang telah mencuri hati. Mungkin di sini cara cara yang biasa kita dengar, yang biasa kita baca. Antaranya :
1. Buang segala yang berkaitan dengannya
2. Keluar dan luangkan masa dengan kawan kawan atau ahli keluarga
3. Menyibukkan diri
4. Untuk fasa pertama perpisahan, elakkan pergi ke tempat yang biasa dikunjungi bersama

Melupakan seseorang mungkin bukan senang, mungkin boleh mengambil masa bertahun. Lebih lebih lagi bila hati telah diserahkan sepenuhnya. Kenangan itu akan sentiasa menghantui. Dan sememangnya ia sangat menyakitkan. Lebih lebih lagi bila lalu sesuatu tempat yang mengingatkan kita dengan si dia. Bukan niat untuk melukakan sesiapa, tapi kadang kadang, kalau berpisah itu lebih baik dari bersama.. Harus faham dan terima hakikat :) 

Ah.. Aku bercerita bukan untuk sesiapa, sekadar menulis untuk melepaskan beban di kepala. Disebabkan perkara yang kadang kadang berlaku dalam hidup kita yang memberi impak yang sangat besar. Ibarat tsunami, datangnya sekejap. Tapi kesannya akan diingati sampai bila bila. 

Begitulah... Sekian terima kasih  Happy Holiday dan  Selamat bekerja untuk aku.. Uwaaaa.. (^_^) 
 
 

Memaafkan orang lain sebelum tidur

Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sucikanlah hati mencari redha Illahi. Redhalah atas ketentuan Allah. Lapangkan dada untuk menerima seadanya. Pasti akan ketemui hikmahnya.
Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.

Ada sebuah kisah.

Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”

Sakit itu satu nikmat-- peringatan


Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit.
Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia hanya tidak perasan,
Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah.
Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat ,Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
 Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”
Surah Asy-Syura ayat 30.

MasyaAllah… sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, buat mungkar, buat onar, dll – tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di sini jom kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

Lelaki /Suami Panas Baran



Lelaki yang panas baran nie mungkin adalah akibat tekanan masalah atau juga berkemungkinan kerana faktor keturunan...huhuhu

 Kesan2 panas baran:

1.Mudah dapat penyakit cth cepat tua, sakit jantung, darah tinggi, jangkitan kuman..
2.Mudah kena selesema, sakit otot sebab ketahanan badan kpd serangan virus & ketumbuhan kurang..
3.Tulang rusuk mudah rapuh..
4. Mematikan syahwat..jadi dingin nak bersama..
5.Muka jadi hodoh..cepat tua..sebab rangsangan kedutan yg tinggi kat muka..
6.Hati jadi kotor..pemarah tu sifat syaitan kan..
7.Susah khusyuk dalam solat..disebabkan hati kotor, salu rasa berdendam, buruk sangka, sampai terbawa2 dlm solat..jadi tak khusyuk..
8.Pintu rezeki tertutup..bila hati kotor, doa susah nak makbul..rezeki pon tersekat..
9.Hidayah tak turun..bila selalu dipengaruhi amarah, hilangla pedoman..hidayah tak singgah kat hati..bila sebati dlm jiwa, semua tingkah laku didorong nafsu, bukan iman..
10.Rumahtangga hancur..xde persefahaman..
11.Emosi anak-anak tergugat.bila mak ayah pemarah, anak jadi penakut,memberontak,suka bergaduh, takde disiplin..

 Sebagai isteri / perempuan senjata kita hanyalah air mata dan doa.  Maka banyakkan berdoa.   Merintih dan mengadu kepada Allah akan kegundahan hati kita ini. Semoga ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah kepada suami/ lelaki agar panas barannya berkurang.

Al- Fatihah



Bismillahirrahmanirrahim…





Kita ulang al-Fatihah sebanyak 17 kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa, tetapi kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat disebalik ayat Ummul Kitab ini. Tahukah kita bahawa al-Fatihah adalah ‘penyembuh’ hati, pedoman bagi segala kecerdasan bagi hati dan fikiran, bekalan untuk mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan pencapaian.
  1. Bismillahirrahmannirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang)
  2. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
  3. Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang memiliki hari pembalasan.
  5. Hanya Engkau yang kami sembah dan mohon perlindungan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
  8. Amin (Kabulkanlah).
Al-Fatihah ada tujuh ayat.
Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati al-Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat al-Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau al-Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; ke semua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah ‘sesuatu’ tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
  • Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
  • Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan. 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati al-Fatihah. Kalau al-Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Surah Al Ahqaf ayat 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat. Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat al-Fatihah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
  1. Nafsu ammarah
  2. Nafsu lawwamah
  3. Nafsu mulhamah
  4. Nafsu mutmainnah
  5. Nafsu radhiah
  6. Nafsu mardhiah
  7. Nafsu kamil

Playboy itu suami aku ( PISA)





PISA .. salah satu koleksi novel aku yang terbaik dan banyak kali aku baca cerita ni. tak pernah bosan.   Yang menyedihkan ialah bila ia dijadikan drama dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 jadi tak best pulak. Jalan cerita masih sama cuma sebagai peminat novel rasa sedikit terkilan bila pelakon utama dalam cerita ini yang memegang watak  Mr King of Crocodile ( aka Adrian ) sendiri seperti KAYU dalam erti kata lain KAKU.  Arggh nasib baik lah kan lagu dalam drama ini best .
dah masuk minggu ke-2 rasanya drama Playboy Itu Suami Aku (PISA) ditayangkan tapi pada pemerhatian aku memang tak best langsung  baca novel lagi best dari  tengok cerita tu Muka lelaki tu tak playboy langsung. lembik dengan suara entah apa-apa ajer seperti perempuan pun ada gak.. kalau ikutkan dalam novel watak adrian tu mmg playboy , handsome dan juga arrogant , tapi dalam drama ni tak sama langsung memang mengecewakan lah. Stress. Hahahha..Playboy merengek "Mamiiii...Daddyyyy" Tak macholah Playboy !!  Ingatkan ia akan jadi bom, meletup, kedebabooommm! Seperti LUMA ( Love You Mr Arrogant ) (^_^) peace. 

Sinopsis :-
 Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Menyembuhkan hati yg hiba

Cara menyembuhkan hati yang sedang hiba

1. Membaca Al- Quran
Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya

2. Sentiasa berzikir
Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

3.Mengerjakan Solat
 Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan.
 Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”.(Riwayat Baihaqi)

4. Bersangka baik pada orang
 Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Benci vs Cinta

Cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja. Siapa tahu, pada suatu hari kelak, ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci. Dan, bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja. Siapa tahu, pada suatu hari kelak, ia akan menjadi orang yang kau cintai.
Love the person you love minimally. Who knows, someday, he will turn out to be the person you hate. And, hate those who hate you minimally. Who knows, someday, he will become the person you loved.

Pencil

A pencil maker told the pencil 5 important lessons just before putting it in the box :
  1. Everything you do will always leave a mark .
  2. You can always correct the mistakes you make.
  3. What is important is what is inside of you.
  4. in life , you will undergo painful sharpenings, which will only make you better.
  5. to be the best pencil, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you.
We all need to be constantly sharpened.  This parable may encourage you to know that you are a special person, with unique God-given talents and abilities.  Only you can fulfill the purpose which you were born to accomplish.  Never allow yourself to get discouraged and think that your life is insignificant and cannot be changed and, like the pencil, always remember that the most important part of who you are, is what's inside of you and then allow yourself to be guided by the hand of God.
p/s: good advise