Thursday 31 October 2013

Jumaat ini

Jumaat ini...
Lapangkan hatimu
Lupakanlah yang telah berlalu
Moga bermula Jumaat ini terbuka jalan untuk kau dan aku lalui
Biarlah laluan kita berbeza
Kita akan bertemu jua dihujung persimpangannya
Sebagai teman dan sahabat
Sebagai insan yang baru
Tanda kita semakin dewasa
Dan bisa menerima ketentuan Allah
Dengan redha
Dan dengan Kudrat Ilahi
Kau akan sentiasa dihati


Cemburu

Bila hati dah sayang
memang akan ada perasaan cemburu kan
tak usah menafikan
kerana itu adalah lumrah yang akan wujud dalam hati kita
cuma kekadang aku lebih suka mendiamkan diri
menyembunyikan rasa cemburu itu
heheh... senang citer Ego.
tak mahu tunjuk yang kita cemburu padanya
yer memang pun aku cemburu melihat kemesraannya dengan org lain
apatah lagi melihat kemesraannya dengan orang yang dia sayang.
tapi apa boleh aku buat
diam jerlah.. kerana selalu sedar diri dan tahu siapa aku...

Untukmu Sahabat

Sahabat
kiranya kau tahu
hati ini masih menyayangimu
tidak ada sedikit pun rasa dendam atau benci dihati ini

Tapi
entah kenapa hari ini
dan saat ini
tetiba hatiku dipagut rasa pilu
ada rasa sedih yang bertandang dihati ini
saat itu segala kenangan bersamamu
berlegar-legar di kotak fikiran ini

Arghh semuanya salah aku
kerana aku sendiri yang masuk ke ruangan itu dan melihat potretmu
dan aku membaca setiap yang kau bicarakan diruangan itu
aku tidak mengerti
untuk apa aku harus melihat itu semua
dan aku juga tidak mengerti kenapa kau membuang aku
kan bagus kalau aku terus kau sekat dari melihat dirimu....
apakah maksud disebalik tujuanmu itu
dan aku memang tidak mempunyai kekuatan utk menyekat dirimu
kerana hati ini masih sayang padamu...