Wednesday 5 June 2013

MEH SANDAR PADA AKU ...


"Meh Sandar Pada Aku merupakah salah satu novel kegemaran ku. Mula-mula baca pun aku dah tersenyum sorang diri. dan aku tak pernah jemu pun membacanya .. dah 4 kali aku membacanya ulang dan terus ulang .. rasa tak perlu lah makan jamu atau apa -apa lagi kalau nak rasa awek muda .. korang bacalah novel ni heheh.. pastinya setiap kali aku baca novel ni .. boleh tersenyum dan ketawa sorang-sorang, best lah citer ni .. bagi peminat novel kalau pergi kedai buku tengok novel ni ambik jer takkan rugi tau.... walaupun tajuk agak pelik kan.. hehe.. mcm tu lah dengan aku mula-mula fikir gak citer apa lah ni kan..  " Meh Sandar Pada Aku " heheh..  jgn tengok cover jer tau yang penting jalan ceritanya.... aku boleh kasi lima ***** 5/5

Novel ini berkisarkan tentang Afnan Tasneem dan Dr Syed Nadzhan hubungan antara seorang penyelia dan pelajar praktikal. Daripada seorang penyelia bertukar kepada adik beradik tiri dan akhirnya suami isteri. Inilah kelainan didalam cerita ini.. best kan.. 

Agaknya macam mana lah kan dorang ni boleh berkahwin sedangkan Dr Syed ni seorang yang tegas , sombong , spesis lelaki terancam ,garang dan boleh dikategorikan lelaki yang anti perempuan kerana telah ditinggalkan oleh ibunya ketika die berumur setahun. Dr Syed selalu mengelak daripada bercinta dengan perempuan dan semua staff Dr Syed adalah lelaki ,  Tasneem seorang pelajar perempuan praktikal yang jujur ceria dan sedikit lurus bendul telah diterima oleh Dr Syed ...  ( macam manalah kan Tasneem ni boleh terlepas dan diterima oleh Dr syed ?) 

Di sanalah bermulanya detik pertemuan antara  Tasneem  dan Dr Syed, seorang penyelia yang garang dan lagak bagus hanya pandai memberi arahan sahaja dan selalu memarahai dan  membuli Tasneem.

Korang tahu tak dalam diam-diam Dr Syed telah menaruh hati kepada Tasneem . Kehadiran Adam Naufal anak didik kepada Dr Syed yang selalu menjadi penyelamat Tasneem dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan Dr Syed  yang mula terasa kehadiran Tasneem didalam hatinya mula rasa tergugat. Perasaan itu tidak terhenti disitu sahaja apabila mama Tasneem telah berkahwin dengan papa Dr Syed, dan akhirnya mereka telah ditakdirkan untuk duduk serumah dan telah bertukar menjadi adik beradik tiri. 

Part yang paling aku suka bila Tasneem dan Dr Syed tinggal sebumbung, mana taknya pecah perut aku membacanya, Tasneem oh Tasneem kenapa lah kau ni lurus bendul sangat erk? hehehe Tasneem memang mencari nahas betul dengan Dr Syed ni mana taknya , beraninya die menulis nota kepada Dr Syed aka abang tirinya siap dengan hadis bagai.. korang tahu tak nota apa yang ditulis oleh Tasneem ni hahaha... itulah kan si Tasneem ni telah salah sangka terhadap abang tirinya .. disangka Dr Syed ni gay..yerlah kan lelaki handsome, bekerjaya tapi masih tidak berminat dengan mana- mana perempuan. Konon nya Tasneem ni nak menyedarkan Dr Syed lah kan.. haha meletup Dr syed membaca isi kandungan nota yang diberikan oleh Tasneem tu ..tahu pulak takut yer Tasneem ... tutup pintu rapat2 diam terus dalam bilik..bila mendengar jeritan yang amat kuat dari bilik Dr Syed membara hati Dr Syed ketika itu .. siap kau Tasneem esok di pejabat tahulah nasib kau kan .. rasanya jadi apa lah kan dekat Tasneem di pejabat keesokan harinya.. heheh.. ooppss  nak cerita ker tak nak erk? Si Tasneem yang lurus bendul ni memang tau selalu sangat mencuit hati kita..  agaknya die dimarahi oleh Dr Syed tak atau ada perkara lain yang berlaku ?

Sebenarnya kisah antara Tasneem dan Dr Syed ni panjang lagi tau jujurnya korang tak kan  rugi kalau membelinya sebab kisah nya memang ada suka dan duka.. ..   aku memang suka kisah- kisah yang berkisar lucu sebegini kalau asyik sedih jer tak best lah jugakan.. hehe.. tapi yang dukanya korang tahu tak apa ? hm.. mama Tasneem meninggal dunia bersama papa Dr Syed ketika berada diJepun . bagaimanalah kan nasib Tasneem selepas itu.. ia dihina oleh saudara mara Dr Syed.. sedihnya..

 Eh mesti korang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Adam Naufal..  hm.. Adam Naufal dah tinggal sejarah dah pun heheh.. Tasneem harus menerima kenyataan bahawa die telah dipermainkan oleh Adam selama ni.. nasib baik ada abang tiri yang baik dan ambil berat walaupun kekadang menyakitkan hati ........ Syed Emir sepupu kepada Dr Syed Nadzhan juga telah menaruh hati kepada Tasneem dan telah melamar Tasneem sebelum mama dan papa nya meninggal dunia. Papa Dr Syed telah bersetuju untuk menjodohkan Syed Emir dengan Tasneem...kita hanya merancang tuhan menentukan segalanya jodoh Tasneem dengan abang tirinya Dr Syed. melepaslah Syed Emir . kesiannn ... 

 Bagaimanalah kan hubungan Tasneem dan Dr Syed selepas menjadi suami isteri? haha part ni memang best gelak guling- guling aku membacanya.. seperti kita tahu Tasneem seorang gadis yang jujur dan lurus bendul lepas kahwin pun die masih lagi lurus bendul hahahaa... 
 antara babak-babak yang mencuit hati aku 
" abang sibuk ker? kalau tak sibuk letak ajer ipad tu sekejap. 
cakap ajerlah. bukannya tak dengar " Syed Nadzhan membalasnya dengan rasa malas.
"akhirnya Ipadnya diletakkan disisi katil sebelum turut bersila mengadap Tasneem.
" macam ni apa kata kita buat eksperimen?"
Eksperimen? Eksperimen apa malam-malam buta ni "ada-ada sajalah budak Tasneem ni kan hehehe
" Pandang mata"? 
 "Haah" Macam ni?" Syed Nadzhan menurut. Dagu ditongkat dengan tangan. 
Ya betul dah tu . Tasneem pula beria-ia mebulatkan lagi matanya sambil berkerut dahi seribu. 
tak rasa apa-apa pun rungutnya
"rasa apa"? Syed Nadzhan menyoal kehairanan.. Eksperimen apa pulak ni .. tak pernah dibuat orang.. 
Aaa tak apa tak apa kita cuba buat lagi sekali bebola matanya kembali merenung mata Syed Nadzhan, dan masih juga sama tak der rasa apa-apa pun hehehe...  

Sebenarnya budak Tasneem ni kenapa yer .. apa lah yang hendak dibuat olehnya.. sebenarnya rasa apa yang dicari oleh Tasneem ni..?? 

Kisah rumahtangga Tasneem dan Dr Syed penuh dengan suka dan duka..lupa nk cerita dekat korang mengenai Aleesya sepupu kepada Dr Syed yang sedari kecil lagi sentiasa menyukai dan sentiasa mengekori kemana ajer Dr Syed pergi cinta mati lah Dr Aleesya ni dekat Dr Syed.. dan Aleeysa ni pernah menjadi tunang kepada Dr Syed tau. tapi semuanya telah diputuskan oleh Dr Syed kerana die memang tidak pernah mencintai Aleesya.. dan cinta kasih sayang nya hanya kepada Tasneem ... dia bertunang dengan Aleesya pun atas paksaan arwah papanya. 

So korang yang memang kaki novel , aku suggest bolehlah beli novel ni .. memang best... tunggu apa lagi.. kalau nak tahu lebih-lebih kenalah beli .. hehehe

P/S : Encik Penyelia yang baik hati lagi budiman, sudilah krianya encik mengambil saya jadi pelajar praktikal di bawah seliaan encik. saya berazam dan berjanji akan menjalankan tanggugjawab saya sebagai pelajar tanpa berbelah bagai.  Taat dan setia saya hanya kepada encik. Janji itu pasti.. yang benar : Afnan Tasneem"

No comments:

Post a Comment