Monday 18 November 2013

Tak semestinya ia milik kita

Cinta itu terlalu rumit untuk dihuraikan.cinta itu juga terlalu sukar untuk dikawal.cinta itu mudah pergi dan mudah datang.cinta itu datang tanpa diundang dan tanpa dipinta.datangnya cinta tidak memilih rupa tidak memilih insan tidak juga melihat darjat.perginya dia tidak menunggu derita tidak melihat bahagia.yang tinggal hanya kekesalan dan kesedihan.bagi insan yang memahami adat kehidupan,hanya pasrah dan doa buat cinta yang menghilangkan dirinya.cinta itu penuh kebahagiaan dan bukannya penderitaan.cinta tidak semestinya menerima tetapi kadang kala lebih kepada memberi.bila mencintai sesorang tidak semestinya cinta dia adalah milik kita. Mencintai sesorang memang sangat membahagiakan, hingga kita sanggup korbankan apa saja demi cinta termasuk kebahagian diri sendiri. Melihat sidia bahagia itu sudah cukup memadai walaupun bukan dengan kita. Biar hati menanggung derita asalkan dia bahagia. Itulah uniknya cinta. Tidak semua orang mampu memiliki cinta yang sempurna, tetapi semua insan mengimpikan kasih yang berkekalan. Bila hati telah tertutup untuk memiliki cinta, tiada kasih yang mampu meninjau ke sanubari hati. Kerana hati telah penat mengejar cinta yang akhirnya hilang tanpa khabar dan berita. Adat dunia cinta yang datang akan pergi meniggalkan luka di jiwa. Bukan mudah untuk memiliki kebahagiaan yang abadi, hanya mengimpikannya dalam angan yang tidak pasti realitinya nanti. Bila mencintai seseorang tidak mungkin dia akan menjadi milik kita.

No comments:

Post a Comment