Tuesday 18 February 2014

Redho Allah milik kita InsyaAllah

Rasa marah bila suami kahwin lagi? rasa tak patut bila suami ada niat untuk berpoligami? rasa tertipu bila dia beritahu kita yang dia sayangkan kita tapi pada masa yang sama dia bercinta danberkasih sayang dengan perempuan lain? rasa suami curang pada kita bila dia sibuk berchatting dengan girl friend? rasa cinta suami hanya palsu ? pelukan mesranya hanya lakonan? ciuman kasihnya hanya kepura-puraan?
kenapa kita rasa begitu?
kita fikir kita siapa?
kena redho walau apa ujian yang datang dariNYA..
walaupun ujian itu melukakan, sangat perit untuk diterima, sangat pahit untuk ditelan. umpama duri dalam daging. kerana ujian ALLAH pada hambaNYA boleh datang melalui siapapun, melalui apapun,.. baik melalui insan di sekeliling kita, atau harta benda,..
bukankah dianugerahkan kita suami untuk kita jadikan medan kita berbakti bagi meraih syurgaNYA itu jauh lebih baik, tak kiralah suami yang layan kita bagaimana, yang dikira adalah layanan kita pada suami dan kesabaran kita menerima layanannya andai melalui suami ujian ALLAH datang, atau sejauh mana kita mensyukuri nikmatNYA, andai melalui suami kita diberi nikmat. bukannya bagaimana layanan suami pada kita..
kita hanya hamba..
kita sombong kalau kita kata, aku tak perlukan suami yang begitu, penipu, curang, penuh pura-pura, tipu aku hidup-hidup,.. depan berlakon baik tapi di belakang sibuk bercinta dengan orang lain,.. jika ada dalam hati kita perasaan begitu, jatuh dua sifat pada kita, sifat sombong dan sifat takabbur,.. tak tahu rasa syukur,.. jika diuji melalui suami, cepat kena ingat, apa yang dibuat adalah antara dia dengan ALLAH, tapi apa yang kita buat dan rasa, ALLAH akan pertanggungjawabkan dan dibalas baik di dunia mahupun di akhirat,..
apa yang kita boleh buat, adalah kita berikhtiar, berdoa dan merawat andai ujian ALLAH itu kita belum mampu tempuh dengan redho. berusaha sehabis daya , tanpa putus asa selagi hayat dikandung badan, sehingga redho ALLAH milik kita, insyaallah.

No comments:

Post a Comment