Wednesday 19 March 2014

Ombak

Kisah si Ombak
Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia melihat ombak lain yang berada tidak jauh di hadapannya menghempas batu-batu di tepian pantai. Menyedari tidak lama lagi dia juga akan menerima nasib yang sama, dia berasa sedih.
“Bagaimana sekarang ini? Adakah aku juga akhirnya akan menghempas batu-batu itu? Pasti sangat menyakitkan.”
Kemudian datang ombak yang lain. Melihatkan ombak tadi sedang bersedih, lantas dia bertanya:
“Kenapa engkau kelihatan sedih?”
Ombak yang sedih tadi menjawab:
“Engkau tidak tahukah kita semua akan melanggar batu-batu besar di hujung sana. Entah apa akan jadi kepada kita selepas itu. Malang sungguh nasib kita menjadi ombak.”
Ombak lain tadi kemudiannya membalas:
“Tidak. Bukan begitu. Kita bukannya ombak. Kita sebahagian daripada lautan.”
Persis ombak yang sebahagian daripada lautan, begitulah juga ujian yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada kehidupan.Sedangkan Rasulullah S.A.W yang merupakan kekasih Allah lagi diuji, inikan pula kita umat baginda.


Ujian yang menimpa itu menunjukkan kasih sayang yang dihamparkan kepada kita daripadaNya. Jarang kita tsedar bahawa sebelum ujian datang menjengah dalam kehidupan kita, kita begitu lalai dan leka dalam mengingatiNya. Kerana tidak mahu kita terus terbuai dengan keindahan dunia yang sementara, kita diuji supaya kita sedar bahawa segalanya tidak kekal abadi, melainkan di akhirat nanti.
Teruskan memanjat pengharapan dan pertolongan kepadaNya supaya kita sedar kita hanyalah sekadar hamba kerdil yang memang perlu diuji. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri. Teruskan pengharapan kepadaNya. Jangan sesekali kita berhenti berharap kepadaNya.

No comments:

Post a Comment