Thursday 13 June 2013

Alfatihah Buat Ayah...

Begitu pantas masa berlalu , genap 10 tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Setiap kali terpandangkan wajah puteriku, pastinya wajah ayah akan sentiasa dalam ingatan.. 10 Tahun yang lalu masih lagi aku teringat dan terbayang-bayangkan wajah ayah yang berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri , dan aku pada waktu itu baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata yang pertama, pastinya pemergian arwah amatlah dirasai oleh aku. Pertama kali aku terpandang wajah puteriku yang baru dilahirkan wajahnya sama seperti wajah arwah, kini ayah puteriku sudah berusia 10 tahun dan wajahnya berubah sama sekali, tidak lagi seperti wajah ayah, tapi anak bongsumu ini wajahnya tetap seperti ayah, malah sikapku yang cerewet, garang semuanya persis ayah..  dan aku sayang ayah...

Terima kasih ayah, kerana memahami anakmu ini,hari pertama aku baru pulang dari hospital dan berpantang dirumah , ketika itu ayah sihat sekali ayah pandang wajah puteriku, dan aku ingat lagi pesanan ayah jangan letak nama terlalu panjang letak jer nama yang pendek dan dekat dengan namaku dan pesanan ayah aku tunaikan.
  
Maafkan aku ayah diatas kedegilan sikap anakmu ini, kerana hari ketiga aku dirumah aku sudah meminta izin untuk pulang ke KL bersama suami dan anakku, walaupun telah dipujuk oleh emak agar berpantang dikampung tapi aku tak mahu tetap juga nak balik KL, ayah seorang yang baik disuruhnya emak ikut aku pulang ke KL untuk menjagaku, dan ayah berjanji akan pergi ke KL keesokkan harinya , tapi ..... belum sempat ayah menjejakan kaki ke rumahku di KL ayah telah jatuh didapur tidak sedarkan diri , dan ketika itu ayah keseorangan , semua ini salah aku kerana emak ada bersamaku di KL, kalaulah aku tidak degil mahu pulang ke Kl pastinya semua ini takkan terjadi.  Mendapat panggilan dari kakakku di kampung segera kami pulang malam itu juga. dan ayah waktu itu sudah berada dihospital.. hanya aku sorang saja yang tidak pernah pergi melawat ayah dihospital walaupun ketika itu ayah sudah tidak sedarkan diri, emak tidak izinkan aku pergi kerana keadaan aku yang masih dalam berpantang,... hati kecil ini ingin sekali menjaga ayah waktu itu tapi keadaan ku tidak mengizinkan..

5 hari ayah dihospital dan tidak sedarkan diri akhirnya ayah dibenarkan pulang oleh doktor kerana keadaan ayah masih juga tidak berubah dan ayah hanya bergantung kepada alat pernafasan, hari pertama ayah dirumah keadaan ayah masih juga sama ayah masih tidak sedarkan diri, dan aku hanya mampu memandang ayah, dan aku  tahu masa ayah sudah sampai  dan Allah lebih menyayangi ayah, aku harus kuatkan diri aku, aku tidak boleh telalu asyik menangis itu pesan emak dan kakak-kakakku, aku harus jaga kesihatan aku ketika itu, dan pada malam sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir ayah sempat buka mata dan melihat anak-anaknya ...dan akhirnya ayah pergi menyahut panggilan Ilahi, sesungguNya dari pada Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali , Itulah, mati itu pasti.   Tidak sesaat pun Dia akan melengahkan ataupun mempercepatkannya.  Dan aku harus merelakan permergian ayah.


Apa pun, aku sentiasa ingat ayah walaupun sampai bila-bila.   tak kira masa, tak kira tempat, terutama di dalam doa.  Semoga ayah bahagia di sana.. Al-fatihah.

Ayah, saya rindu ayah....  ;(

No comments:

Post a Comment