Monday 10 June 2013

KARTUN YANG PALING DIGEMARI SEMASA KANAK-KANAK





Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Banyaknya kenangan masa kanak-kanak dulu tak kira pahit atau manis. Yang manis menjadi memori indah, yang pahit jadi pengajaran untuk meningkat dewasa. Pada masa tu, rancangan kartun menjadi penghibur. Waktu petang jer dah tercacak depan tv tunggu cerita kartun kegemaran. Lepas tamat satu cerita, ada cerita lain pulak. Sudahnya sampai petang lah jawabnya tak keluar rumah asyik tunggu kartun jer hehe.


Tapi sekarang special sikit kan..sebabnya pada zaman aku dulu astro tidak wujud lagi seperti sekarang.tiada chanel khas untuk kartun . chanel yang ada ketika itu hanya tv 1, tv 2 dan tv3. Teringat dulu hari ahad sanggup tu bangun awal semata-mata mahu menonton rancangan kartun kegemaran.

Antara kartun-kartun yang digemari semasa zaman kanak-kanak... thundercats, batman, ultraman, x-man, doraemon, Inspektor gadget, dan banyak lagi lah  dan tak lupa juga kisah superhero dari Jepun Gaban, Kesatria suria baja Hitam apa lagi erk lupa sudah…



Thundercats ini macam superhero aku lah masa tu...minat giler ah dengan Thundercats ni kalau tak silap aku masa itu tahun 1985 kot.  Paling aku suka part hero cool aku ni keluarkan pedang dia .. wahhh teruja sungguh aku boleh melangut depan-depan  siap berdiri sambil tiru gaya nya ...hehe..

 

Power Rangers

Bila tengok Power rangers ni mulalah berangan nak jadi hebat, aku suka power ranger yang kaler pink sebab dia satu-satunya perempuan…  boleh tersengih depan tv sorang-sorang kalau tengok Power Rangers Pink ni bukan apa kan.. hahah tak lain tak bukan berangan lah tu kerja aku masa tu kononnya itulah aku ..dulu percaya sangat robot tu hebat.. bila lima-lima Power Rangers tu bergabung, jadi robot yang besar tu mesti jadi kagum sangat-sangat... bila dah besar ni baru la tau cite ni sangat-sangat tak logik..



Ultraman

Oh Ultraman kononnya makhluk terhebat yang dapat menyelamatkan bumi dari diserang olah raksasa. Dengan raksasa yang bermacam-macam bentuk tu..tapi aku layan juga dah kata suka tengok citer kartun so tunggu lagi kan. Layan jerlah.. Part paling aku tak sabar nak tunggu time die berlawan tu tetiba hilang tenaga jadi lemah pas tu ada lampu lip lap lip lap lampu merah dekat dada dia terus jadi kuat dan bertenga  hebat dan gagah habislah kau Raksasa oi mati dikerjakan  hahaha



Dragon Ball

masa ni smua budak-budak lelaki gilekan cite ni termasuklah abang aku dan aku pun joint venture jugak…. Peliknya kan kakak-kakak aku tak derlah plak nk layan citer kartun ni aku sorang jer hantu kartun hehehe… Goku masa itu adalah wira aku tak padan dengan kecik kuat nya die … itulah aku tengok jer kartun berangan jer lebih kononnya nk juga jadi kuat macam dia hehehe… siap dengan awan terbang die tu teringin jugak masa tu .. alahai dah nama pun kanak-kanak kan semuanya teringin hehehe


Doraemon

Aku betul-betul minat kartun ni dulu kini dan selamanya heheh rasanya pada masa dulu kan percaya seluruh rakyat malaysia gilekan doraemon kot .. mcm biasa tengok kartun jer berangan jap kononnya tak siapkan kerja sekolah pas tu doremon muncul dan keluarkan alatnya untuk bantu aku … poket ajaib doremaon rasa macam betul-betul percaya doraemon wujud hahaha..




Back to reality heheh.. dah sambung buat kerja .. …  tak dernya doraemon nk datang tolong siapkan kerja yang menimbun dalam opis ni ehehe


















No comments:

Post a Comment