Tuesday 22 October 2013

I Love You Stupid & My Precious Iris




Assalamuailaikum dan Selamat Petang , seperti biasa kali ini jari jemariku terasa begitu ligat dan galak sekali untuk terus berceritakan akan  koleksi-koleksi Novel kegemaranku, kalau kau orang nak tahu aku teringin sangat nak bertemu dengan penulis yang begitu hebat sekali siapa lagi Melur Jelita lah hehee... entah lah  kali pertama aku membaca novel " I Love You Stupid (ILUS) dan My Precious Iris"  memberi kesan yang amat mendalam didalam hati ini , pastinya aku sudah jatuh cinta dengan Penulis ini.

Hope one day dapat  bertemu dengan Melur Jelita , bagi aku karyanya memang hebat ...Kekadang aku terfikir bagaimana dia dapat menulis sebuah cerita yang begini hebat sekali .lain dari yang lain... sarat dengan kasih sayang dan nasihat.Di dalamnya ada  element human & history (kisah umat Islam di Kemboja), ada element motivasi dan Islamic, ada element romantik (cinta halal antara suami isteri), ada elemen humor dan juga ada elemen suspen/thriller. Dan paling best ia keluar dari typical novel melayu yang kalau romantik je mesti melibatkan kemewahan (i.e. bercuti di luar negara, candle light dinner, hadiah yang mewah and etc). Yang pasti novel ni memberi satu perspektif baru bahawa orang kebanyakan / sederhana pun mampu menjalani kehidupan yang bahagia dengan kemampuan masing2, ia menggambarkan kehidupan yang sangat realistik dan memberi kita pengalaman dan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Firman ataupun Inspektor Ebrahim sudah semestinya hero pujaan aku didalam cerita ini, Aku akui. Kematangannya tak perlu diragui. Sang naga yang keras. Si ulat belancas yang gatal. Novel kali ni memberi kita ruang melihat perubahan emosi Firman. Daripada sepedas-pedasnya ke manis-manisnya hinggalah keanak-anakannya. Setianya Firman di sisi Iris saat badai melanda cukup menyentuh hati.

 I love U Stupid (ILUS) mengisahkan  Firman dan Iris selalu bergaduh , tajuk sangatlah santai, tetapi isi kandungan novelnya merupakan sebuah novel pembangunan jiwa...untuk jiwa-jiwa yang sedang mencari arahnya...dan sudah semestinya didalam My Precious Iris ..kesinambungan ini membawa kita kepada episod kebahagiaan bila saja kedua-dua pasangan ini akan diijabkabulkan. Alhamdulillah, seksa aku melihat pasangan ini tak sudah-sudah bergaduh.( Peace )

Di pertengahan Novel ini aku bisa  tersengih-sengih di part pesanan ayah Iris kepada Firman. Memang tabik habis. Tak pernah pula aku baca di mana-mana... hahah memang kelakar tau...!!

Saat bahagia, saat terjatuh dan menangis. Pasangan ini banyak mengajar kita apa ertinya hubungan suami isteri itu. Pasang-surut dan dugaan, masam manis kehidupan. Baca Novel ini rasanya seperti mahu bercinta setiap hari hehehe...

Firman dan Iris adalah kekuatan didalam cerita ini,,, dan didalam cerita ini juga semestinya aku merindukan Kemboja , seperti mana didalam ILUS.. aku rindukan Fatimah dan Mai Tuan. Walaupun penulis membawa kita sama-sama menikmati keindahan di Sungai Lui, tapi kerinduan kepada kehidupan  Firman dan Iris di kemboja tetap melekat dihati aku. 


"Demi waktu, di bawah langit-Mu, ku akui nikmat-Mu
Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut! Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris? “Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- "Firman"

Kepada anda yang belum membacanya .... hehe cepat2 dapatkannya hari ni di kedai buku yang berdekatan... SELAMAT MEMBACA!!! 

Thumbs up Melur Jelita. I'm one your big fan and waiting for your next karya. All the best! =)





No comments:

Post a Comment