Sunday 27 October 2013

Redha

Apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah
takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat
istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita
ketawa, menangis, gembira mahupun
sedih.
Orang lain mungkin tak akan pernah
tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang
melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
Biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak
sama seperti insan lain.
Redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
Siapa tahu..

No comments:

Post a Comment