Thursday 14 November 2013

Orang yang melemaskan

Bagus juga ada blog kan, boleh  meluahkan rasa ketidak puasan didlam hati ini hehe ....
Hari ni rasanya tak tertahan lagi oleh ku.. bila berdepan dengan orang yang menyibuk akan hal kita.
oh okay orang yang suka menyibuk ni adalah satu office dengan aku. Jujurnya aku rimas bila bedepan dengan orang sebegini , kebiasaanya aku akan berdepan dengan rakan2 perempuan tapi kali ini dia adalah lelaki . Memang menguji kesabaran aku betul.

Aku akui kekadang terpaksa jadi hipokrit kerana aku tidak berani menyuarakan rasa ketidakpuasan aku terhadapnya. apa jua yang aku lakukan dalam pejabat ni semuanya die nak tahu, kekadang en bos didepan die boleh datang lihat PC aku dan perhatikan apa yang aku lakukan, kekadang aku sedang melayan hp pun die boleh datang nak lihat apa yg aku layankan dekat hp aku nih, ini sudah lebih kan.. sampaikan hp aku hak peribadi aku pun die sibuk nak tengok alahai......... tension kan bila berdepan dengan kawan sepejabat yang begini lagaknya.. ada ketika dia akan ketawakan aku yang aku rasa tidak kelakar pun, malah menyakitkan hati aku lagi adalah . Jujurnya aku tahu die sekadar ingin berbual dan berkawan tapi sorry to say aku tak suka langsung , akhirnya aku hanya mendiamkan diri senyum pun tidak kalau senyum pun hanya sekadar memaniskan muka  takut die terasa lak ..

harap lepas ini die tahu bahawa aku tidak ingin dia dekat dengan aku lagi .... sungguh melemaskan dengan orang yang sebegini...  Jadi aku kenalah buat muka serius jer dalam office nih.  ....

No comments:

Post a Comment