Thursday 12 December 2013

Andai Lelaki tahu


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang
perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh
kesahnya,
ada waktu-waktu minta di temani
kesedihannya,
Andainya lelaki tahu rajuk seorang
perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di
dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di
dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di
kongsi,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu
rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak
yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat
jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan
sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa
dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum
ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata

No comments:

Post a Comment