Friday 13 December 2013

Aku redho

Ada ketikanya kesabaran ku ini tak tertanggung
Ada masanya kerinduan ku ini amat memuncak
Ada waktunya rasa sayang ku ini terlalu mendalam
Ada sebabnya kenapa aku terlalu mengasihi mu
Dan ada detik-detiknya aku sangat-sangat mencintai mu

Ketahuilah oleh mu bahawa diri ini tak mungkin berbohong
Apa lagi hati ini tak dapat menipu diri sendiri
Rasa kasih dan sayang serta mencintai mu amat mendalam sekali
Tak sanggup aku berpisah dengan mu walau hanya sesaat
Tapi takdir telah memisahkan kita dan menentukan segalaNya

Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi
Walau aku terpaksa menelan kepahitan dan kesengsaraan
Menanggung segala penderitan akibat perpisahan
Mahu pun sekali aku menangis tanpa henti

Yang pasti kau takkan kembali ***

No comments:

Post a Comment